Specifications
Active Ingredient: 500 g/L Diafenthiuron
Capacity: 250ml
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “diafenthiuron” yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut serta mempunyai aktiviti ‘ovicidal’ iaitu pengawalan ke atas telur.
有效控制蓟马与其卵以防止破坏您的辣椒园.
Kadar Penggunaan
Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | ||||
Sawi | Ulat Plutella (Plutella xylostella) |
6 ml | 600 ml | 1000 liter | 14 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel “hollow cone” saiz 5/64”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi dari 4 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Inquiry - Pegasus